Sup Ayam Kampung Kukus Herba
- restoranmasuri
- Feb 2, 2020
- 1 min read
Kenapa lama sangaaat ummi masak ni! Luahan Aman, anak sulong. Baru pulang dari solat Jumaat.
.
Kejap lepas tu datang lagi seorang jengok kat dapur, dan pusing balik. Kita yang masak jadi tak keruan dibuatnya!
.
"Biasa la nak makan yang lazat kena la banyak bersabau", kataku.
.
Pulang dari Family Store tadi tak sempat pun duduk, terus memasak. Potong ayam dan bersihkan.
.
Sebelumnya, di sekolah Shafi dan Maryam raikan sambutan Hari Kanak-kanak. Sempat juga briskwalk 50 minit sebelum tu.
.
Siap je hidangan, semua berkejar ke dapur. Buat sup macam ni pun lama ke ummi? Tanya anak yang seorang lagi.
.
Ni bukan sup biasa, ni la dia sup ayam kampung kukus herba!. Special tau!
.
Ayam ni dari farm kita, kataku. Semua tak sabau nak rasa.
.
Second batch ayam kampung bokashi yang keluaran dari farm. Segar dari ladang!
.
500 ekor semuanya, stok tinggal dalam 350 ekor sahaja lagi.
.
Alhamdulillah batch kali ni hampir sempurna. Tak macam yang first dulu banyak mati sakit. Sekitar 20%.
.
Teringat kata sang pakar. Hidup yang sihat datang dari makanan yang sihat. "Anda adalah dari apa yang anda makan". Terpahat kukuh dalam minda dan hatiku. Sering aku sampaikan pada anak-anak.
Habis hampir seekor setengah ayam yang di masak. Sampai ketulang diratahnya. Nanti buat lagi ya ummi, kata si adik sambil tersengih-sengih.
.
Hmm sedap, manis dagingnya, terasa puas!

Comments