Rasa Semulajadi Rempah dan Herba.
- restoranmasuri
- Jan 15, 2020
- 1 min read
.
Seperti biasa sarapan hujung minggu di luar sebelum beriadah.
.
Kedai roti canai kegemaran nampaknya di tutup.
Bukan sehari atau dua hari. Malah berminggu- minggu lamanya.
.
Singgah di kedai runcit terdengar tauke kedai cakap yang pakcik buat roti canai ada penyakit tiga serangkai. Kaki nak kena potong dek kencing manis.
.
Setelah kedai dibuka. Ternampak pakcik tebar roti canai dah tinggal sebelah kaki. Tebar roti canai sambil duduk atas kerusi. Kesian bercampur takut. Bersyukur kita masih sihat.
.
Teringat cerita abang Sanusi. Orang tua dahulu amat jarang menghidap pelbagai penyakit pelik seperti orang muda-muda sekarang.
.
Zaman orang tua kita dahulu, mereka banyak makan ulama-ulaman seperti pucuk ubi.
.
Ayam dan itik peliharaan diberi makan lebihan makanan sahaja.
.
Zaman sekarang orang banyak makan bahan kimia, msg, makanan proses dan banyak lagi. Tambah beliau.
.
Ternakan seperti ayam pula diberi makan bahan yang kurang bagus. Vitamin cepat besar.
.
Ikan dipasar juga ada disapu formalin. Bahan yang disapu pada mayat untuk mengelakkan dari reput.
.
Panjang sembang beliau. Beliau sibuk ke sana kemari untuk menjayakan misinya, mewujudkan rantaian makanan organik.
.
Semoga impian baik beliau mendapat sokongan ramai dan menjadi kenyataan.
.
Kami mengimpikan hal yang sama. Memberi kesedaran tentang pemakanan sihat. Bukan makanan segera. Bukan juga makanan yang sedap-sedap tapi memudaratkan.
.
Atas kesedaran ini, kami sedaya upaya kembali ke sumber makanan yang lebih semulajadi. Ayam yang memakan bokashi dan ikan segar dari laut.
.
Syukur kerana telah setahun menternak ayam sendiri. Dan kampung kami ditepi laut, dapat makan ikan fresh dari nelayan kampung. Alhamdulillah.
.
Sekarang kami sedang merancang untuk mengusahakan sayur organik.
Comments