Pak Aji No Moto aka MSG & our Brain
- restoranmasuri
- Jan 15, 2020
- 2 min read
Kenapa Suka Makan? Bagaimana Untuk Elak?
.
Keadaan fisiologi manusia berubah dari masa ke semasa. Semasa bujang kurus dan slim. Lepas kahwin terus membesar sebagai johan dan menjadi jalur lebar.
.
Erfan berusia 28 tahun. Sudah 4 tahun berkahwin. Masih belum ada cahaya mata.
.
Semasa berkahwin berat badan sekitar 58kg sahaja. Sekarang baru mencecah 90kg. Perut semestinya maju ke depan.
.
Menurut Erfan dulunya dia kurang makan. Selera makan naik mendadak selepas berkahwin. Lebih-lebih lagi bila asyik bertandang ke kedai-kedai makan.
.
“Saya tak boleh nampak makanan sekarang. Saya jadi suka makan. Nikmat terasa.
.
“Kalau orang sebut kat tempat A makan best, saya mesti sampai punya. Ingat viral sekejap cendol durian tu? Saya hari-hari pergi makan.” Itu luahan Erfan.
.
“Ada juga cuba untuk diet-diet ni. Sekejap je. Tak tahan daulat tengok makanan.”
.
“Isteri pun sama naik macam saya. Bila dua-dua suka makan, makin menjadi-jadi. Susah nak elak.” Tambah Erfan dengan senyuman terukir dibibir.
.
Erfan nampak tercungap-cungap ketika bercakap. Nafasnya pendek. Seolah orang baru selesai berlari.
.
Ramai orang suka makan. Ada yang makan dan sukar untuk berhenti. Itu sudah masuk kategori ketagih.
.
Kenapa jadi begini?
.
Ketagihan merampas fungsi otak. Sel otak merembes terlalu banyak dopamine. Bahan kimia yang memberi rasa seronok.
.
Dopamine ini kemudiannya masuk ke dalam nucleus accumbens. Letaknya di belakang sideburn manusia. Otak seperti mengambil dadah.
.
Akibatnya, lahirlah rasa seronok berganda dengan makanan. Lebih-lebih lagi dopamine ini berinteraksi dengan glutamate. Satu lagi bahan kimia otak yang melahirkan rasa seronok.
.
Pengambilan Ajinomoto menyebabkan kebanjiran glutamate. Bahaya untuk otak. Makanan di luar sarat dengan Pak Aji ini.
.
Nucleus accumbens juga berkait rapat dengan motivasi dan memori. Motivasi untuk makan terus tinggi. Tambahan memori tentang makanan yang ada adalah indah-indah belaka.
.
Natijahnya, muncullah tabiat ‘suka makan’ itu. Sukar berhenti. Payah menurunkan tahap terliur yang tinggi itu.
.
“Bolehkah kita ubah? Saya nak kurus” soal Erfan.
.
“Boleh. Ramai dah berjaya. Ada yang turun lebih dari 15kg dalam masa dua bulan. Tanpa lapar.”
.
“Caranya? Belajar pasal otak. Belajar bagaimana nak ‘godam’ otak. Ada ‘trick’nya.
"Kena belajarlah” ujar saya pada Erfan.
.
Kommentarer