top of page
Search

Dahsyatnya MSG!

Updated: Jan 27, 2020

Wah! Banyak betul orang makan di kedai ni!.

Kataku pada suami. Jom kita singgah!


.

Masakannya memang sedap. Sampai pucuk paku masak lomaknya pun sodap. Apatah lagi ayam goreng dan asam pedasnya.


.

Sempat berbual dengan adik kepada pemilik kedai.


.

Kebetulan beliau sudah bekerja lebih 10 tahun di situ. Rupanya hampir semua masakannya ada MSG aka perasa tambahan.


.

Ehh ini memang biasa, semua orang berniaga mesti guna, tak banyaklah. Sikit. Katanya dengan mimik bersahaja.


.

Sambil tersenyum. Teringat mak kami yang cukup anti pada pak aji..oto.


.

Menurut Dr Rizal Abu Bakar dalam satu artikel beliau di Facebook...


.

Ada satu kajian yang menakutkan pasal MSG ni.


.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition. Keluaran Jun 2011. Kajian di jalankan di China. Libatkan 10 ribu orang selama 5 tahun 6 bulan.


.

Kajian dapati pengambilan MSG sebabkan obesiti. Apabila diambil dengan kadar 5mg sehari sebabkan kita jadi obes berlebihan iaitu sebanyak 30%.


.

Makanan di kedai, makanan proses, makanan segera, sos semuanya ada MSG. Nilainya lebih dari 5mg.


MSG nama penuhnya Monosodium Glutamate. Glutamate adalah neurotrasmitter atau neurochemical dalam otak. Tugasnya lancarkan komunikasi antara sel sel otak. . Lebih dari separuh bahagian otak ada reseptor GLUTAMATE ni. Reseptor ni mudah fahamnya seperti soket elektrik 3 pin di rumah tu. . Otak keluarkan sendiri GLUTAMATE. Otak tak perlukan GLUTAMATE berlebihan. Dia nak just nice sahaja. Cukup cukup atau man man kata orang muda sekarang. . Bila kita ambil GLUTAMAE dari sumber luar kita sebabkan lebihan GLUTAMATE dalam otak. Apa akan berlaku? Jadi macam sekotak mercun yang secara tidak sengaja dibakar serentak. . Meletup sana sini. Melayang ke kiri dan ke kanan seolah mengejar orang yang melihat. Habis bertempiaran lari jadinya. . Begitulah lah berlaku di dalam otak. Bila berlaku begini, prestasi otak merudum.

Lebih malang lagi bila ambil GLUTAMATE luar seperti MSG, ia akan turunkan aktiviti pada LEFT TEMPORAL LOBE. Lokasi di belakang mata kiri. . Akibatnya angin kita cepat naik, tingkahlaku jadi sukar dikawal, kemarahan mencanak. . LEFT TEMPORAL LOBE juga adalah tempat belajar. Tempat urus emosi. Tempat memori jangka pendek. . Bayangkan apa yang berlaku kalau kita bagi anak anak makan benda begini? Kita secara tidak sedar besarkan anak yang akan ada masalah emosi, mudah lupa dan masalah belajar. Tiga perkara yang kita mahu elak sangat-sangat. . Kalau kita tidak jaga diri sendiri siapa lagi? Kalau kita tidak peduli siapa akan peduli? Kalau kita abaikan siapa yang akan rugi?

.

Cuba semak apa yang dimakan tadi. Adakah kita peduli apa yg kita makan?


.

Atau bagi kita sedap yang penting. Sedap cuma seketika tapi kesannya yang berpanjangan. Pilihan ditangan kita.


.


Dipetik dari artikel asal Dr. Rizal https://www.facebook.com/100011440020001/posts/1181541268903863/

 
 
 

Recent Posts

See All
Sekuntum Roselle Sejuta Khasiat.

Tukang bancuh air : "Encik nak minum air apa?' . Encik A: "Beri sirap ais satu". . Tukang bancuh air: "Maaf encik, sirap tiada, roselle...

 
 
 
Bahaya Gula Putih!

Puaka ni ada macam macam nama. Yang kita tahu sucrose, glucose. Ada nama nama lain. Yang kita selalu sebut ialah gula putih. . Nama...

 
 
 

コメント


!
Widget Didn’t Load
Check your internet and refresh this page.
If that doesn’t work, contact us.

WE’RE OPEN:

Monday - Saturday (1st & 3rd Saturday off)
8.30am to 4.30pm

Hungry?

Rasai kelazatan makanan dari sumber yang sehat dan semulajadi di Restoran Masuri Ayam Kampung

D/A Melaka Tropikal Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka

Tel: +6019 2121600
Email: masri.hashim@gmail.com

© 2023 by 'O ia Poké. Proudly created with Wix.com

bottom of page