top of page
Search

Barli & Diebetes

  • restoranmasuri
  • Feb 2, 2020
  • 2 min read

Pengalaman saya sendiri :


08.03.2017. Klinik Kesihatan Malaysia. Bilik nombor 5. Saya dipersilakan duduk oleh doktor C. Seorang doktor wanita berbangsa India.

Kelihatan doktor C meneliti laporan kesihatan 3 bulan milik saya.

Saya sekadar menanti dengan penuh debaran. Sabar.

"Berat you turun 10 kilo?"

"Bacaan gula pun dah normal!"

"Sebelum ini bacaan FBS (Fasting blood sugar) you 13 mmol/L."

"Apa yang you buat?"

"Apa yang you makan?" . Bertubi-tubi pertanyaan doktor C pada saya. . "Saya menjalani diet yang ketat doktor," jawab saya ringkas.

"Diet yang ketat?" "Bagaimana?" Soal doktor C ingin tahu.

"Saya ubah pemakanan. Banyak makanan yang biasa saya makan saya tinggalkan. Seperti nasi putih, air manis dari gula putih, tepung putih, fast food, makanan dalam peket dan banyak lagi."

"So, apa sahaja yang you makan? Banyak makanan yang you tak makan."

"Saya makan 'real food'. Saya makan banyak sayur-sayuran. Buah-buahan saya pilih yang rendah indek glisemik seperti jambu batu, oren dan apel hijau," tambah saya lagi.

"3 bulan you menjalani diet kan?" "Sebelum ini you sepatutnya perlu makan ubat tetapi you minta tangguh untuk diet terlebih dahulu."

"Ya, doktor." Jawab saya sambil menganggukkan kepala.

"Bagus dan tahniah!". "I kagum dan gembira dengan usaha you. "

"So, dengan laporan kesihatan ini, buat masa ini you tak perlu makan ubat diabetes. You hanya perlu kawal sahaja pemakanan. I harap you akan terus konsisten menjalani pemakanan yang sihat supaya diabetes you terkawal."

"Baik doktor. Terima kasih".

Saya keluar dari bilik nombor 5 dengan perasaan yang sukar digambarkan.

Sangat gembira.

Impian saya untuk tidak makan ubat telah tercapai.

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu ya Tuhan.

Namun ada beberapa perkara yang tidak sempat saya beritahu doktor C.

Hidangan utama saya sepanjang menjalani diet 3 bulan ialah makanan berasaskan barli. Indek glisemik barli sangat rendah.

Barli adalah makanan sunnah. Merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah s.a.w

Selama 3 bulan juga saya menjalani diet 100% vegetarian. Tanpa protin haiwan.

Saya juga berbekam setiap 2 minggu sekali sepanjang 3 bulan.

Puasa sunat terutama Isnin dan Khamis menjadi kebiasaan dan adakalanya lebih.

Kini saya ingin membantu orang lain untuk kawal gula dalam darah dengan pemakanan barli. Selain resepi yang kongsikan dalam blog ini dan dalam eBook, saya juga menjual tepung barli. Semuanya dengan niat  untuk membantu.



 
 
 

Recent Posts

See All
Sekuntum Roselle Sejuta Khasiat.

Tukang bancuh air : "Encik nak minum air apa?' . Encik A: "Beri sirap ais satu". . Tukang bancuh air: "Maaf encik, sirap tiada, roselle...

 
 
 
Bahaya Gula Putih!

Puaka ni ada macam macam nama. Yang kita tahu sucrose, glucose. Ada nama nama lain. Yang kita selalu sebut ialah gula putih. . Nama...

 
 
 

Comments


!
Widget Didn’t Load
Check your internet and refresh this page.
If that doesn’t work, contact us.

WE’RE OPEN:

Monday - Saturday (1st & 3rd Saturday off)
8.30am to 4.30pm

Hungry?

Rasai kelazatan makanan dari sumber yang sehat dan semulajadi di Restoran Masuri Ayam Kampung

D/A Melaka Tropikal Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka

Tel: +6019 2121600
Email: masri.hashim@gmail.com

© 2023 by 'O ia Poké. Proudly created with Wix.com

bottom of page