top of page
Search

Sayur dan Racun

  • restoranmasuri
  • Jan 16, 2020
  • 2 min read

Updated: Feb 2, 2020

Sayuran yang dimakan oleh orang Bangladesh lebih baik dari kita?

🌱🌱🌱🥦🌱🌱🌱🥦🌱🌱🌱


4 bulan lepas. Terlihat tanah kosong berdekatan farm kami sedang dibersihkan. 2 orang pekerja Bangladesh kelihatan sedang set up sistem piping. Termasuk batas dan pancang. Kolam juga digali bertujuan penyiraman sayur menggunakan pam.


.

Orang Bangladesh tersebut telah menyewa tanah terbiar bertujuan mengusahakan tanaman sayur. Mereka menggunakan trektar dan lori 1 tan yang kelihatan parking setiap hari. Hebat juga mereka, bisik hatiku.


.

Kacang panjang, petola, bayam merah, sawi, kacang bendi dan kangkung antara sayur yang mereka ditanam.


.

Baru-baru ini timbul pula semangat kami nak berkebun sayur. Cari info sana sini, untuk tahu cara berkebun sayur. Letak keutamaan dalam to do list, nak cari masa bersembang dengan pekebun Bangladesh ni.


.

Beberapa kali lalu depan kebun, kebunnya kosong. Rupanya petang baru ada orang. 2 hari lepas nampak pekebun Bangladesh ada dikebunnya.


.

Sekadar parking kereta di tepi jalan Gedung Lalang yang sempit untuk berjumpa beliau. Namanya Hasan, waktu itu sedang sibuk menabur baja pada sayur.


.

Soal serba sedikit sayur yang cepat harvest seperti kangkung dan sawi. Kebetulan pula dia kenal dengan pekerja farm kami, Sabir. Baru jadi friendly sikit.


.

Nak beli sayur sikit boleh? Tanyaku pada Hasan. Abang, ini sayur belum boleh tuai. Minggu depan abang datang, saya boleh bagi free aja, katanya dalam lengguk cakap Bangladesh.


.

Racun ada sembur? Tanyaku lagi. Abang, kita orang tak pakai racun, bahaya sebabkan banyak penyakit, tambah Hasan lagi dengan cemik muka.


.

Wah! kesedaran orang Bangladesh tentang kesihatan buat aku sangat kagum.


.

Beberapa bulan lepas, kami pernah post cerita orang Bangladesh lebih memilih makan ayam kampung dan daging lembu fresh. Boleh baca post disini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2861005847246849&id=100000123845205



.

Sayur jual di mana? Tanyaku lagi. Ini sayur, semua jual pada orang Bangladesh sahaja. Ini sayur semua jenis yang orang Bangladesh makan, jawabnya yang masih sibuk menunduk tabur baja pada pokok kacang bendi.


.

Rupanya mereka buat kebun untuk pasaran orang Bangladesh sahaja.


.

Berkemungkinan besar orang kita tanam sayur dan sembur racun, orang Bangladesh tak mahu beli. Mereka berusaha tanam sendiri walau di negara kita. Fikirku dalam kepala.


.

Kebanyakkan orang kita tanam sayur untuk pulangan yang lumayan. Tanpa menghiraukan kesan racun terhadap sayur dan kesihatan. Yang penting lumayan dan mudah. Itu sangkaanku.


.

The way they used the pesticide in Cameron Highland is so crazy. Pemilik kebun sayur pun tak makan sehelai pun sayur yang mereka tanam. Tonton video Ted bertajuk "The state of vegetables in Malaysia". Sungguh ngeri!!


.

Boleh tonton video di sini.

https://youtu.be/Y04yRmROU_Y



.

Sayur yang sepatutnya bagus dan sihat jadi sebaliknya. Itu yang memberi semangat kami untuk berkebun sendiri. Tanpa menggunakan racun.


.

Suatu hari nanti mudah-mudahan kami boleh cuba usahakan yang organik pula in syaa Allah.


Beginilah rupa sayur sawi tanpa racun. Rupanya yang berlubang-lubang tapi ianya natural.




 
 
 

Recent Posts

See All
Sekuntum Roselle Sejuta Khasiat.

Tukang bancuh air : "Encik nak minum air apa?' . Encik A: "Beri sirap ais satu". . Tukang bancuh air: "Maaf encik, sirap tiada, roselle...

 
 
 
Bahaya Gula Putih!

Puaka ni ada macam macam nama. Yang kita tahu sucrose, glucose. Ada nama nama lain. Yang kita selalu sebut ialah gula putih. . Nama...

 
 
 

Comments


!
Widget Didn’t Load
Check your internet and refresh this page.
If that doesn’t work, contact us.

WE’RE OPEN:

Monday - Saturday (1st & 3rd Saturday off)
8.30am to 4.30pm

Hungry?

Rasai kelazatan makanan dari sumber yang sehat dan semulajadi di Restoran Masuri Ayam Kampung

D/A Melaka Tropikal Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka

Tel: +6019 2121600
Email: masri.hashim@gmail.com

© 2023 by 'O ia Poké. Proudly created with Wix.com

bottom of page